Friday, May 18, 2007

TIPS UTK BERJAYA DLM PEMASARAN INTERNET

PROMOSIKAN DIRI ANDA
Apabila anda menyertai Perniagaan berasaskan internet , selalunya anda akan diberi alamat laman web, yang tercatat nama anda di laman berkenaan. Elakkan dari membuat pemasaran laman web seperti ini. Kenapa ? Bayangkan anda mempunyai sebuah kedai. Adakah anda akan mempromosi produk yang membolehkan pelanggan pergi dan beli di mana sahaja? Lagipun, kebanyakan orang takkan beli semasa kunjungan pertama.

Anda sepatutnya mengiklankan kedai anda, supaya apabila pelanggan yang berpotensi memasuki kedai anda, mereka boleh membeli banyak produk di dalam kedai anda? Kenapa harus anda membazirkan masa untuk mempromosikan orang lain. Pemilik program tak kisah sama ada anda berjaya atau tidak. Bukan sahaja anda terpaksa membayar langganan bulanan, malah anda juga mempromosi NAMA mereka di merata-rata tempat.

PROMOSIKAN DIRI ANDA. Jikalau anda tidak mahu nama anda terlalu menyerlah, promosikan nama syarikat anda. Kalau anda tiada nama syarikat, buatlah satu. Jangan abaikan ini dan tidak endah tentang ini. Sebenarnya ianya tidaklah susah sangat. Hanya pastikan ianya nampak profesional dan bersesuaian.

PRODUK
Anda tiada produk yang orang boleh beli ? Jangan bimbang. Sebenarnya produk yang paling efisien dari segi kos adalah ….. MAKLUMAT. Dalam era teknologi maklumat , masyarakat sekarang sudah sedia untuk membayar bagi maklumat yang memberikan mereka pelbagai kebaikan dan peluang. Dan yang paling bagusnya ….. ialah produk berbentuk maklumat membolehkan perniagaan anda dijalankan secara automatik dan serta merta. Tiada kerunsingan tentang kos penghantaran, penyimpanan stok, pemulangan produk dan sebagainya. Jadi sekarang, anda sudah tahu bahawa produk anda tak semestinya berbentuk fizikal seperti buku yang mempunyai 200 mukasurat dan dijual dengan harga RM50 sebuah. Ia boleh jadi seringkas laporan atau maklumat yang boleh di beri secara percuma seperti yang anda sedang baca sekarang ini.

Kelebihannya disini adalah , anda secara tidak langsung boleh mempromosi laman web anda sendiri. Secara praktikalnya, melalui konsep serampang dua mata, dengan cara ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang email pelanggan anda untuk membolehkan tindakan susulan dibuat. Secara tidak langsung anda telah mewujudkan pertalian yang berterusan dengan mereka. Seterusnya anda boleh memperkenalkan produk-produk lain yang telah anda kenalpasti dan boleh dipasarkan kepada mereka.

Jadi mulai sekarang, ANDA PERLU MEMBINA “GOODWILL” iaitu nama baik anda supaya dapat dikenali oleh orang ramai . Dengan menyediakan orang ramai dengan nilai-nilai maklumat yang penting secara tidak langsung membuatkan anda dikenali. Yang pentingnya, jangan hanya cuba nak jualkan semata-mata produk anda sahaja kepada mereka. Sediakan mereka dengan peluang dan penyaluran maklumat yang berguna supaya mereka juga berupaya untuk berjaya seperti anda. Mereka meletakkan kepercayaan yang agak tinggi kepada anda apabila mereka sanggup memberikan alamat email mereka kepada anda. Jangan sesekali menyalah guna kepercayaan ini.

LAMAN WEB
Anda tidak mempunyai laman web anda sendiri ? Sebenarnya tiada jalan mudah untuk menyelesaikan perkara ini. Anda PERLU mempunyai laman web anda sendiri jika anda ingin berjaya dengan mudah dengan kaedah pemasaran internet. Saya tidak maksudkan laman web yang mempunyai pelbagai program yang memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan wang dengan bayaran langganan setiap bulan. Laman web yang saya maksudkan adalah laman web anda sendiri yang mempromosikan “ANDA”.

Produk yang anda tawarkan boleh dimuatkan didalam laman web anda. Anda boleh tonjolkan produk-produk yang ingin anda promosikan dibahagian latar dan lagi bagus jika anda mempunyai kepelbagaian jenis produk yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan-pelanggan anda. Dengan cara ini seolah-olah apabila pelanggan memasuki kedai anda (iaitu laman web anda) , mereka akan lebih teruja dengan kepelbagaian produk yang anda tawarkan. Justeru , membuatkan mereka bukan hanya membeli satu produk sahaja, malahan mungkin lebih dari itu.

Cuma perlu diingat, promosi anda tetap sama, iaitu laman web utama anda. Anda akan memperolehi peluang jualan yang lebih banyak walau hanya dari seorang pelawat. Sebab itulah pentingnya untuk anda mempunyai beberapa program atau produk didalam laman web anda kerana ini membuatkan ia lebih menarik dan peluang jualan anda dapat ditingkatkan . Bagi anda yang ingin memaparkan program-program menjana pendapatan, anda pasti tahu tentang ” Jangan letakkan semua telur dalam satu raga”? Sebenarnya ini adalah yang paling penting jika anda membuat penilaian untuk membuat pelaburan dalam apa sahaja bentuk perniagaan. Ia adalah asas utama dalam “Strategi Pengurusan Risiko”.

Ada sesetengah orang mencadangkan untuk memfokuskan hanya kepada satu program atau produk sahaja didalam laman web. Sebenarnya ini adalah satu strategi yang kurang berkesan. Memang, alasan mereka membuat satu tawaran program atau produk tersebut adalah untuk mengelakkan kekeliruan pelanggan, TETAPI dalam pemasaran internet , anda jangan menghadkan potensi pendapatan anda. Apa yang penting disini, anda hanya perlu pastikan semua program mestilah ada kaitan secara langsung atau secara tidak langsung. Dengan cara ini, jika pelanggan berpotensi berminat dengan salah satu daripadanya, sekurang-kurangnya anda telah berjaya menghasilkan jualan. Malah mungkin mereka akan berminat kesemua sekali , maka ini adalah satu bonus bagi anda.

TINDAKAN SUSULAN
Salah satu kesilapan yang selalu berlaku adalah anda lupa mewujudkan satu sistem yang berkesan untuk membolahkan anda membuat tindakan susulan. Selalunya, kebanyakan orang tidak akan mendaftar ketika lawatan kali pertama mereka. Anda akan membazirkan sebahagian besar daripada tenaga anda jika anda hanya membuat orang melawat laman web anda sekali sahaja dan kemudian meninggalkannya. Secara puratanya anda memerlukan satu sistem yang berkesan yang mana dapat membuat sekurang-kurangnya 5 susulan kepada pelanggan berpotensi dalam masa 7 hingga 10 hari. Susulan-susulan seperti ini mesti mengutarakan satu atau dua kelebihan penting untuk produk dan program yang anda tawarkan serta memberi kesenangan dan keinginan bagi pelanggan kembali ke laman web anda semula. Hasilnya, anda akan mendapat kebarangkalian sehingga 75% untuk membuat jualan pada susulan kali ke 5.

Bagi merealisasikan rancangan ini, apa yang anda perlukan adalah alamat email mereka . Jadi apakah yang perlu ada pada laman web utama anda ? Menjual program atau produk anda ? Tidak…… Laman web utama anda sepatutnya ada satu keutamaan sahaja, iaitu untuk mendapatkan email pelanggan berpotensi secara bertukar dengan sesuatu yang berharga secara percuma. Elakkan diri anda dari hanya membuat tawaran-tawaran yang tidak dapat menarik minat pelanggan. Tambahan pula jika anda tiada langsung menyediakan nilai tambahan kepada mereka, maka minat mereka akan menurun untuk melawati semula laman web anda dan seterusnya berinteraksi dengan anda.

PELANGGAN
Jika anda tidak ada senarai email pelanggan anda sendiri bermakna secara asasnya anda telah gagal dalam pemasaran anda. Telah diperakui bahawa cara pengiklanan paling efektif adalah dengan mempunyai senarai email pelanggan anda sendiri. Anda sepatutnya menganggap senarai email ini sebagai satu aset yang paling berguna jika anda ingin asas pengurusan dan pemasaran anda bertapak dengan jayanya. Melalui senarai email ini anda berpeluang membina kepercayaan pelanggan dimana dengannya anda boleh mempromosikan diri anda. Jadi gunakanlah ia dengan menghantar email kepada pelanggan anda secara kreatif dengan menjadikan email anda lebih bermakna daripada mana-mana “email iklan” lain yang pernah pelanggan anda terima.

Ada banyak cara bagaimana anda boleh dapat dan guna senarai email ini. Saya mempunyai senarai yang besar bagi mereka yang mendaftar untuk menerima maklumat tentang laman web saya. Disamping itu, saya juga ada senarai kedua yang mana mereka ini telahpun menjadi pelanggan saya apabila mereka membeli produk saya dan menyertai program-program saya . Orang-orang seperti ini secara tidak langsung mempunyai sejarah atau rekod “nilai tambahan” atau “GOODWILL” hasil dari interaksi dengan saya sebelum ini. Ianya samada dalam bentuk kepuasan (satisfaction) dari segi pertolongan dari saya dalam menyalurkan maklumat-maklumat berharga atau berpuashati dengan penggunaan produk saya atau juga telah memperolehi pendapatan yang memuaskan hasil dari penyertaan mereka dalam program-program yang saya syorkan.

Kedua-dua senarai ini mempunyai potensi yang besar. Bayangkan anda mempunyai mekanisma untuk berkomunikasi dengan banyak orang, tanpa had dan dengan kos yang minima. Dan yang paling penting, dengan kepercayaan pelanggan kepada anda, sebenarnya anda mampu meningkatkan kadar jualan anda dari serendah 0.01% ke lebih 20%. Walaupun secara kasarnya anda tetapkan “profit margin” yang rendah dari produk yang anda jual, namun disebabkan jumlah jualan yang banyak (Sales Volume) dan kos operasi yang minima, keuntungan keseluruhan anda dapat ditingkatkan dengan berkesan.

Contoh – Anda mempunyai senarai pelanggan seramai 10,000 orang. Andaikan cuma 10% sahaja darinya akan membeli produk anda setiap bulan. Saya bagi peluang kepada anda untuk menggunakan kemampuan matematik anda untuk mengira pendapatan yang bakal anda perolehi dimana anda hanya dapat RM10 sahaja sebagai komisennya bagi setiap produk yang dibeli oleh mereka atau bagi program yang mereka sertai.

KEAHLIAN (DOWNLINE)
Fenomena ini adalah perkara biasa terjadi dimana ada orang yang anda daftar (sponsor) tidak bergerak aktif. Kes seperti ini banyak berlaku bila anda melibatkan diri dalam Perniagaan MLM, dan program-program internet malahan juga dalam perniagaan biasa yang berasaskan insentif komisen seperti industri insuran dan sebagainya. Tidak kira sebanyak mana tenaga yang telah anda curahkan kepada program pemasaran anda serta memberikan motivasi kepada “downline” anda, namun ianya tidak mungkin mampu untuk membuatkan semua “downline” anda bergerak secara aktif dan pelanggan anda gembira . Perniagaan MLM sememangnya menawarkan potensi pendapatan kewangan yang paling bagus yang anda akan jumpa di mana sahaja di Internet dan dalam perniagaan biasa. Tetapi ia juga paling teruk dikritik oleh ramai orang. Kenapa perkara sebegitu terjadi? Memang ramai yang menyertai peluang perniagaan, dan melakukan salah satu daripada berikut……… Sama ada mereka sememangnya tidak tahu bagaimana hendak memasarkannya, atau mereka hanya menunggu tuah hasil titik peluh orang lain, atau mereka terjebak dalam perangkap bilamana melihat orang lain yang telahpun menyertainya mencapai kejayaan.

Kita boleh ambil matrik 5 X 5 sebagai contoh. Kebanyakan orang suka “idea” yang yang boleh direalisasikan” dengan memenuhi matrik sehingga level ke-3 yang biasanya dapat memberikan mereka pendapatan sehingga RM 2000 sebulan. Katakan anda berjaya merekrut sehingga 125 orang. Sekarang masalah mula timbul. Ada kemungkinan yang besar bahawa tiada seorang pun dari 125 orang itu akan merekrut sesiapa pun. Ini berpunca oleh satu sebab yang sama. Iaitu sama ada mereka tidak membuat apa-apa atau tidak tahu bagaimana nak buat. Jadi sekarang anda mempunyai 125 orang di Level yang ke 3 yang masih menunggu “spill over”. Jadi anda perlu rekrut sebanyak 625 orang lagi hanya supaya mereka yang dilevel ke 3 tidak akan lari, kemudian cepat-cepat rekrut 3000 orang lagi untuk membuatkan mereka semua gembira. Jika beginilah caranya, saya yakin akan keletihan sendiri. Jika tidak percaya, anda boleh membuat perkiraan matematik dan anda akan perasan di mana masalahnya yang sebenar.

Mungkin anda seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi, dan anda mungkin berkata, saya tidak boleh menyediakan “spillover” untuk 125 orang itu tetapi saya boleh menggantikannya dengan cepat setelah mereka keluar. Tapi, berita tak gembiranya ialah mereka akan terkeluar lagi cepat daripada kemampuan anda untuk menggantikannya. Saya juga akan bertanya anda tentang sebab musabab rekrut orang kepada peluang perniagaan yang anda sendiri tahu ini tidak akan berguna untuk mereka. Ini sebenarnya adalah strategi jangka pendek yang lemah. Akhirnya anda akan letih , letih , letih …….

MAKLUMAT
Sebenarnya memang bertimbun maklumat yang sedia ada dalam perniagaan seperti ini. Di mana-mana laman web yang anda lawat, mesti ada satu lagi “e-book” untuk dibeli atau boleh didapati secara percuma. Kemudian semua “guru” yang mempunyai laman web tersebut akan menjualkannya dengan harga dalam lingkungan antara RM20 dan RM100 sebulan bagi membolehkan anda untuk mendapat akses ke maklumat terkini dan maklumat rahsia mereka. Jadi, saya disini ingin memberi tahu anda supaya berhenti dari membuang masa. Memang anda memerlukan masa untuk menambah pengetahuan tetapi anda harus berhenti dan mula MEMBUAT SESUATU. Jangan hanya setakat menyertai program yang memberikan peluang pendapatan atau Perniagaan MLM sahaja. Sudah ramai orang terjebak dengan keadaan sebegini. Mereka masih berfikir, “Saya hanya perlu dapatkan sedikit duit dari program ini, KEMUDIAN, baru saya akan membuat laman web saya sendiri.” Sebenarnya dalam kebanyakan kes, INI TIDAK AKAN TERJADI.
Mereka meluangkan semua masa mereka mempromosikan laman web program atau perniagaan MLM seperti ini, dan cuba untuk belajar lebih banyak maklumat, kadang kadang sehingga meluangkan banyak masa dia forum diskusi, tetapi tidak membuat apa yang sepatutnya dibuat pada awalnya.

“TEAMWORK”
Ini adalah perkara yang paling penting sekali jika anda ingin betul-betul berjaya. Cuba wujudkan satu kumpulan yang terdiri dari anda dan rakan-rakan yang mempunyai wawasan, minat dan matlamat yang sama iaitu untuk berjaya dalam “online business” . . Yang mana, melaluinya anda dapat mengembelingkan tenaga, maklumat , peluang perniagaan dan sebagainya serta bergerak secara berkumpulan mempromosikan kumpulan anda. Kesannya ia akan menghasilkan pergerakan seumpama TSUNAMI. Mereka inilah yang akan bertindak sebagai kumpulan utama atau tulang belakang perniagaan anda dengan cepat .

Namun, sokongan padu hasil dari TEAMWORK anda bukannya datang secara mudah dan percuma. Sebenarnya anda perlu kreatif dan mempunyai “personal touch” sebagai seorang pemimpin yang berwibawa. Sebagai enjin penggerak utama kepada team anda ini semestinya ia datang dalam bentuk insentif kewangan yang mana bila sahaja kumpulan anda berkembang, mereka juga akan mendapat tempias dan habuan mereka. Inilah antara faktor utama bertindak sebagai enjin penggerak untuk mereka bekerja dan sama-sama mengembelingkan tenaga untuk kumpulan anda. Hakikatnya , tiada siapa yang akan bekerja tanpa mendapat imbuhan dalam dunia hari ini.

Sebenarnya dalam perniagaan berasaskan internet selalunya insentif kewangan ini telahpun tersedia didalam sistem atau program yang anda sertai. Cuma apa yang anda perlukan adalah “personal touch” dan perancangan yang betul dalam menggerakkan kumpulan mencapai matlamat dan objektif anda. Apa yang penting disini adalah untuk anda tumpukan untuk MEMBINA ASAS ANDA DAHULU kerana TINDAKAN mula anda akan MENGHASILKAN KEJAYAAN jika anda membuat perancangan yang betul. Jika anda masih bersusah-payah untuk mendapatkan keputusan yang anda impikan sewaktu anda membuat permulaan tanpa terlebih dahulu merancangkannya ….. kini tibalah masanya untuk tukar pendekatan anda sekarang. “Jika anda teruskan dengan apa yang anda telah buat, anda akan dapat sepertimana anda telah dapat sekarang”.

No comments:

Google